Soalan Lazim (FAQ)
Ada soalan? Kami ada jawapannya. Jika soalan anda tiada di sini, jangan ragu-ragu untuk terus hubungi kami melalui WhatsApp.
1. Berapa lama tempoh untuk e-kad saya siap?
Biasanya, draf pertama akan disiapkan dalam masa 24 hingga 48 jam selepas maklumat lengkap dan pembayaran diterima. Kalau awak perlu cepat (urgent), boleh maklumkan pada kami!
2. Boleh saya buat pembetulan (editing) kalau ada info yang salah?
Mestilah boleh! Kami berikan pembetulan maklumat secara unlimited untuk setiap tempahan. Bagi pembelian pakej Exclusive kami berikan anda 3 kali semakan design secara percuma. Jadi, pastikan anda semak betul-betul draf yang kami berikan ya.
3. Lagu latar (background music) boleh pilih sendiri ke?
Ya, boleh! Awak boleh bagi tajuk lagu atau link YouTube/Spotify lagu kegemaran awak. Kami akan masukkan ke dalam e-kad supaya lebih romantik dan menarik.
4. Adakah link e-kad ini akan tamat tempoh (expire)?
Tidak. Link e-kad awak adalah aktif selamanya (Lifetime Access). Awak boleh simpan link tersebut sebagai kenangan manis sampai bila-bila.
5. Fungsi RSVP tu macam mana ya?
Fungsi RSVP memudahkan tetamu awak sahkan kehadiran. Awak akan dapat senarai nama dan jumlah tetamu yang akan datang terus melalui sistem kami atau emel awak. Senang nak bajet makanan!
6. Kalau majlis saya batal atau tukar tarikh macam mana?
Jangan risau, kalau ada pertukaran tarikh atau lokasi disebabkan perkara luar jangka, hubungi kami segera. Kami akan bantu kemas kini maklumat e-kad awak.